Wanita Silap Masuk Tandas, Tidak Sengaja Diangkat Pergi Forklift

Gambar Hiasan
Cornwall (England) - Sebuah tandas mudah alih dengan seorang wanita di dalamnya diangkut secara tidak sengaja oleh trak forklift dari sebuah kawasan pesta.

Wanita itu menggunakan tandas berkenaan ketika perasmian Festival Ikan Newlyn di Cornwall.

Pegawai pesta Rob Parsons berkata, dia mungkin merasakan dirinya dipindahkan oleh angin ketika keluar dari tandas itu di tempat baru.

Bagaimanapun, wanita itu disahkan tidak cedera.

Parson memberitahu Radio Cornwall: “Dia memasuki tandas itu. Sebuah trak forklift datang dan mengangkat tandas berkenaan ke lokasi lain.

“Saya dapat merasakan dia terkejut,” katanya.

Mark Kempthorne, pengarah Andyloos, syarikat yang membekal tandas mudah alih itu berkata, ini bukan kali pertama pemandu forklift mengangkat tandas dengan ada orang di dalamnya.

“Ia berlaku kerana pemandu itu mengangkatnya dari jalan belakang. Dia tidak tahu ada orang di dalamnya. Ia pernah berlaku dan saya juga pernah melakukannya secara tidak sengaja,” kata Kempthorne. - Agensi