Wartawan TV Dedah Payudara Ketika Diuji Bakat, Terus Diambil Bekerja Di Albania


Seorang wanita yang terlalu ingin menjadi seorang wartawan TV telah menjadi sensasi di Albania selepas dia memakai pakaian mendedahkan payudaranya ketika menjalani uji bakat.

Tindakannya itu berjaya apabila Enki Bracaj terus ditawarkan pekerjaan serta-merta oleh Zjarr News.

Ini kerana majikannya, teruja dengan Enki, 21, yang juga seorang pelajar.

Enki ditawarkan sebagai penyampai program berita antarabangsa dan program itu nampaknya telah berjaya mendapat hit yang tingggi.

“Kebanyakan kami bersetuju bahawa cara penyampaiannya masih kekok namun kami sedang cuba untuk mengatasinya,’’ kata jurucakap Zjarr News.

Mengulas mengenai perkara itu, Enki berkata, dia berbuat demikian kerana mahu mendahului dalam industri yang penuh dengan saingan itu.

“Saya bertanya kepada ibu bapa saya dan selepas mereka memberikan sokongan, ia bukan masalah kepada saya. Saya mempunyai cara untuk kedepan dan saya akan pastikan saluran berita ini mendapat rating terbaik,’’ katanya. - Dailymail