"Zihar" Dalam Islam: Fahami Pengertian Samakan Isteri Dengan Ibu

Wajah seiras anak dan ibu
Dari segi niat, saya faham suami menyatakan raut wajah saya mengikut rupa bentuk ibu saya. 
Saya jadi musykil, adakah kenyataan seperti itu termasuk dalam kategori zihar? Sekiranya benar, apakah yang harus saya lakukan? 
IDAYAHTUL, Bangsar KL

Zihar adalah adat jahiliah bertujuan untuk menyakiti mental wanita. Seorang suami, bila berkata kepada isterinya : “engkau haram ke atasku seperti haramnya belakang ibuku,” ini adalah kerana ia bermaksud untuk mengharamkan isterinya itu hidup bersamanya buat selama-lamanya.

Syariat Islam membela wanita melalui firman Allah Taala yang bermaksud: 
“Orang-orang yang menziharkan isterinya, tidaklah isteri mereka menjadi ibu mereka, tidaklah yang menjadi kepada mereka melainkan perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka itu menyentuh perkataan yang mungkar dan dusta”.(Surah Al-Mujadalah :2)
Zihar yang diucapkan mencakupi rukun-rukunnya iaitu suami, isteri, lafaz dan orang yang diserupakan. Setiap rukun mempunyai perbahasan yang lebih terperinci. Di sini, masalah lafaz yang ingin disentuh. Lafaz yang jelas dengan tujuan yang jelas.

Justeru itu, lafaz menyamakan wajah isteri dengan wajah ibu adalah merujuk pada pujian dan sanjungan terhadap isteri adalah tidak dikatakan zihar kerana ibu merupakan seseorang yang dihormati dan disanjung oleh sesiapa sahaja.

Bagaimanapun, jika dilafaz dengan amarah atau keinginan menghina juga menyakiti hati isteri, maka ia menjadi zihar.

Begitupun anda boleh merujuk pada pihak yang berautoriti bagi menentukan berdasarkan lafaz yang diucapkan. Jika ternyata ia zihar maka dikehendaki membayar kaffarah.

Wallahualam.

Sumber: Ustaz Haslin Baharin/myMetro