Alex Ferguson Kembali Terajui Manchester United Bulan Depan - Beckham

Sir Alex Ferguson
LEGENDA bola sepak England, David Beckham mendedahkan Alex Ferguson bakal kembali menjadi jurulatih di Old Trafford dalam satu perlawanan pada bulan depan.

Ferguson akan kembali menjadi jurulatih untuk membimbing skuad Great Britain yang bakal menentang Ireland XI dalam perlawanan amal untuk Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef).

Beckham yang pernah menjadi anak didik Ferguson di Manchester United akan turut beraksi bagi pasukan Great Britain.

"Perbualan untuk mengatur perlawanan ini bukan sesuatu yang mudah. Bayangkan, saya perlu bertanya kepada pengurus sama ada dia akan terlibat.

"Saya tahu ia tidak akan menjadi sesuatu yang susah untuknya kerana dia telah menjadi pengurus yang hebat sebelum ini.

"Saya masih ingat gayanya yang mamakai blazer dengan butang bewarna emas serta tali leher Manchester United di tepi padang," jelas Beckham.

Sumber: mStar