Amir Ukays Ditahan Polis, Miliki Pistol "Walther CP99 Compact"


Vokalis kumpulan Ukays, Mohd Azmir Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Amir Ukays dilaporkan telah ditahan polis selepas dipercayai memiliki senjata api kira-kira pukul 1.45 awal pagi tadi.

Sumber polis menjelaskan bahawa ketika pemeriksaan dilakukan, pihak berkuasa telah menjumpai sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan "Walther CP99 Compact" dengan nombor siri 12L20520.

Amir dikatakan mengaku pistol yang ditemui itu miliknya dan dia difahamkan kini sedang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dekat sini untuk tindakan lanjut.


Dalam pada itu, sumber polis turut memberitahu bahawa Amir ditahan ketika memberhentikan kenderaannya di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul.

Untuk rekod, Amir Ukays sebelum ini pernah memiliki rekod bersabit kesalahan berhubung penyalahgunaan dadah.

Nama Amir Ukays kembali melonjak selepas menyertai program Gegar Vaganza yang sedang berlangsung pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria. -Kedahnews.com