Penemuan objek aneh dan jijik seperti ulat, bangkai binatang dan sebagainya dalam produk yang dibeli khususnya makanan boleh dikatakan sudah acapkali berlaku di serata dunia, termasuk negara kita.
Tapi apa yang dialami oleh seorang pengguna laman Facebook, Khairul Azrin, yang memuat naik sekeping gambar yang agak memeranjatkan di sebuah public group Facebook.
Menerusi imej yang dimuat naik, sayur bayam yang dibeli dari sebuah pasaraya terkenal yang turut didatangkan dengan seekor anak ular.
Justeru itu, Khairul Azrin turut menasihati agar berhati-hati apabila membeli sayur-sayuran.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada anak ular tersebut masih hidup ataupun tidak ketika ditemui.
Moga-moga insiden seperti ini tidak lagi berulang dan pihak pengurusan pasaraya lebih peka terhadap kualiti barangan yang dijual kepada pengguna. -Kedahnews.com