Atlet Gay Popular Olimpik Sah Bertunang Dengan Teman Lelakinya


Atlet popular sukan Olimpik, Tom Daley kini telah mengikat tali pertunangannya bersama dengan pasangan homoseksualnya, Dustin Lance Black.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh surat khabar The Times, pasangan berkenaan kini telah sah mengangkat hubungan mereka ke satu lagi taraf selepas berpacaran sejak 2 tahun lalu.

Pendedahan berita bahawa mereka telah bertunang itu telah dipaparkan di segmen kelahiran, perkahwinan dan kematian di dalam surat khabar berkenaan.


Mereka berdua mula menjalinkan hubungan pada musim bunga 2013 selepas Tom membuat pengakuan bahawa dirinya adalah seorang gay di laman Youtube pada tahun yang sama.

showbiz-tom-daley-dustin-lance-black-1
Tom-Daley-with-boyfriend-Lance-Black-and-Sophie-Lee-rides-at-Busch-Gardens-Tampa
Tom merupakan atlet selam yang pernah memenangi dua pingat emas untuk England dalam sukan Komanwel 2010 dan pingat gangsa untuk Britain dalam sukan Olimpik 2012.

Tunang Tom pula, Dustin merupakan seorang pengarah dan produser filem di Amerika Syarikat serta aktivis LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual) pernah memenangi anugerah Oscar menerusi filem Milk yang memaparkan kisah hidup seorang aktivis LGBT. – Agensi