#Bajet2016 Disifatkan Menepati Maqasid Syari'ah

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.
Kuala Lumpur - “Bajet 2016 ini menepati dengan kehendak Islam. Boleh saya katakan keseluruhan yang dibentangkan semalam (kelmarin) adalah menepati konsep Makasid Syariah.

“Menepati kehendak agama itu, kita lihat apa dibentangkan itu tidak menyalahi dengan akal. Kita lihat peruntukan paling besar untuk membina pelajar iaitu lebih RM40 bilion. Juga disebutkan oleh Perdana Menteri menepati kehendak wasatiyyah atau kesederhanaan.

“Pandangan sesetengah orang, apabila kita sembahyang, berwirid dan bayar zakat itu saja nampak Islam, sedangkan membina jalan raya, pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat, kita harus akur menepati untuk mensejahterakan rakyat.” - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

“Saya terkejut dalam keadaan cabaran ekonomi semasa, kerajaan masih mampu mengumumkan pelbagai inisiatif dan peruntukan untuk pelbagai sektor.

“Untuk pendidikan tindakan segera perlu dibuat bagi meningkatkan akses jalur lebar di semua sekolah seluruh negara bagi kemudahan guru menjalankan tugas dengan lancar.

“Kita juga mohon peruntukan sekolah disegerakan bagi memudahkan perancangan untuk mengadakan kursus dan sebagainya. Jika diberi pada akhir tahun, akan menimbulkan masalah seperti tiada masa untuk rancang kursus yang berkualiti sekali gus mengelakkan pembaziran.” - Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Lok Yim Peng.

Sumber: myMetro