Baru 6 Jam Dimuat Naik, Sudah Ditonton Sebanyak 2.7 Juta Kali..!

"Star Wars: The Force Awakens"
Treler filem terbaru sequel terkenal Star Wars, "Star Wars: The Force Awakens" mencatat tontonan luar baisa apabila ia berjaya mencecah 2.7 juta tontonan, hanya selepas enam jam dilancarkan pada semalam.

Sehingga kini, rekod berkenaan telah meningkat lebih dari 9 juta tontonan video treler filem tersebut di laman Youtube.


Pada Ahad lalu, Lucasfilm dan Diseney akhirnya mendedahkan kepada umum poster rasmi filem itu.

Pihak produksi itu juga mengjangkakan sambutan luar biasa sebaik trelernya dilancarkan dan ternyata tekaan itu tepat apabila tontonannya mencecah jumlah menakjubkan dalam masa beberapa jam.

Treler ini memberi pandangan yang luar biasa ke dalam watak-watak baru dan juga gambaran pertama daripada Millennium Falcon sejak Return of the Jedi!

Berdasarkan kepada beberapa saat treler ini, dapat dilihat siapa Kylo Ren dan John Boyega dan tentunya Star Wars: The Force Awakens  akan muncul dengan beberapa kejutan lain.

Difahamkan bahawa filem tersebut akan mula ditayangkan pada 18 Disember depan dan tiket-tiket awalnya telah mula dijual untuk tempahan di Amerika Syarikat. -Kedahnews.com