Tasha Shilla |
Walaupun tidak henti-henti terpalit dengan pelbagai kisah kontroversi panas, namun pelakon sensasi, Tasha Shilla memberitahu dia tidak pernah rasa menyesal dengan gosip-gosip yang dikaitkan dengannya itu.
Sebaliknya, apa yang terjadi membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus maju dalam industri hiburan.
“Apa sahaja yang berlaku kepada saya sejak kebelakangan ini bukanlah untuk menjadikan saya lemah sebaliknya ia memberikan saya suntikan baharu untuk lebih bersemangat dan tabah untuk terus menjalani kehidupan ini.
“Saya enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengingati setiap perkara yang telah berlaku. Bohong kalau saya kata seandainya saya tidak kecewa, sedih dan tertekan dengan apa yang telah berlaku tetapi semuanya itu hanya sementara sahaja,” kata Tasha yang dipetik dari portal, The Rakyat Post.
Sementara itu, timbul desas-desus yang menyatakan Tasha kini telah telah disenarai hitam oleh semua stesen televisyen ekoran kontroversi yang berlaku.
Bagaimapan, pelakon Nasuha ini menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menjelaskan dia sebenarnya sedang berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon hampir tiga bulan lalu.
“Berita itu (disenarai hitam) tidak benar sama sekali. Saya memang sengaja mahu berehat memandangkan sejak hampir lapan tahun lalu, saya sudah terlalu kuat bekerja.
“Buat masa ini, saya belum menerima sebarang tawaran dan saya hanya akan mengumumkan apabila semuanya sudah disahkan,” katanya lagi. -Kedahnews.com