Bikers Mat Saleh Mengaku Tidak Bersalah Mengamuk Di Lebuhraya


Susulan dari video viral yang memaparkan insiden seorang lelaki mat saleh bertindak memecah cermin sebuah kereta akibat perselisihan faham atas jalan raya, individu terbabit, Mc Gruer Kenneth George telah ditahan polis dan dibawa ke mahkamah.

Mc Gruer, warganegara United Kingdom didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dakwaan yang dibawa ke atasnya.
Posted by Kedahnews.com on Monday, October 26, 2015
Majistret Aina Azahra Arifin memutuskan Mc Gruer diikat jamin sebanyak RM1,000.

Memetik dari portal Rakyat Post, kes berkenaan dilapor akan disebut semula pada 4 Disember depan.

Kejadian dipercayai berlaku jam 6.30 petang pada Ahad lalu, yang mana Mc Gruer bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta Myvi selepas penumpang kereta itu dipercayai menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya. -Kedahnews.com