Maykayla Dyer |
Tennessee - Seorang budak lelaki berusia 11 tahun ditahan polis kerana menembak mati budak perempuan 8 tahun kerana mangsa tidak membenarkan dia melihat anak anjingnya.
Dalam kejadian Ahad lalu, budak lelaki itu berbual dengan tiga budak perempuan dari tingkap rumah bergerak keluarganya dan meminta kepada mangsa yang juga jirannya untuk melihat anak anjingnya tetapi ditolak budak perempuan itu.
Menurut Sheriff Daerah Jefferson, G W McCoig, budak lelaki itu mengambil senapang patah bapanya dan menembak mangsa dari tingkap mengenai dada budak perempuan itu. Dia kemudian mencampakkan senapang itu ke atas badan mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Maykayla Dyer, murid gred tiga Sekolah Rendah White Pine manakala budak lelaki itu murid gred lima.
Menurut McCoig, mangsa tidak bertindak balas dan dia disahkan meninggal dunia di hospital.
Budak lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah pada 28 Oktober dan hakim akan memutuskan sama ada dia akan dibicarakan sebagai juvana atau dewasa. - The Independent