Corak Tapak Selipar Tertulis Kalimah Allah Cetus Kemarahan


GAMBAR sepasang selipar jenama Glacio siri G-2079 yang tertulis di tapaknya kalimah "Allah" dalam bentuk tulisan kaligrafi kufi kini menjadi viral di laman sosial.

Perkara tersebut mencetuskan rasa kurang senang netizen, khususnya yang beragama Islam kerana dilihat satu penghinaan terhadap agama.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada selipar Glacio ini dijual di pasaran tempatan.


Namun difahamkan jenama selipar tersebut telah meluas di pasaran Indonesia malah syarikat Glacio ini juga dikatakan bertapak di sana.

Menurut laporan portal Indonesia, Fajar.co, pihak ulama di sana telah meminta syarikat terbabit menghentikan pengeluaran dan penjualan selipar tersebut bagi menghormati majoriti penggunanya yang merupakan masyarakat beragama Islam. - Kedahnews.com