Laluan paling berbahaya di dunia yang terletak di Gunung Hua, China ini pasti membuatkan anda kecut perut apatah lagi dengan laluan pejalan kaki yang sempit dan hanya berpaut pada rantaian kecil. |
Bagi yang takutkan ketinggian, apa yang akan anda lihat ini pasti akan mendebarkan mereka.
Berikut ialah beberapa jambatan yang menakutkan dan mungkin juga tidak berapa stabil untuk dilalui. Hanya mereka yang cukup berani dan sukakan cabaran mampu menyeberangnya.
Terutamanya bagi yang mengalami masalah vertigo, mereka pasti mengelak berjalan di atas jambatan tertinggi di dunia, iaitu Viaduct Millau di Perancis.
Jambatan ini dikatakan lebih tinggi daripada Menara Eiffel.
Salah satu cara untuk merentasi Sungai Hunza di Pergunungan Karakoram di Pakistan adalah dengan melalui jambatan usang Hussaini. |
Sementara itu, satu lagi struktur tergantung yang menakutkan di dunia ialah Jambatan Gantung Hussaini di Pakistan yang dibina menggunakan kayu dan diletakan tidak terlalu rapat.
Namun, ia bukan satu-satunya jambatan yang mengerikan. Setiap tahun penduduk kampung di Andes berhampiran Huinchiri, Peru membina semula Jambatan Tali Q’eswachaka yang dibuat daripada rumput. Pengunjung boleh membayar untuk menyeberangnya.
Laluan pejalan kaki kaca di Gunung Yuntai, wilayah Henan, China juga tidak kurang menakutkan. Jambatan itu dirasmikan bulan lalu, namun kini ditutup untuk kerja pembaikan.
Jambatan Trift di Switzzerland adalah laluan pejalan kaki terpanjang di Alps. |
Jambatan Titlis Cliff Walk di Switzerland pemandangan menakjubkan. |
Jika ingin merasai panorama menakjubkan, anda harus berani untuk melalui jambatan kayu di pergunungan Ai-Petri, pantai tenggara Crimea. |
Sumber: myMetro