Cuma RM35 Sebotol, Mawar Fareeda Sasar Jual 50,000 Produk Syampu

MAWAR, isteri kepada pelakon Fizo Omar telah memperkenalkan produk terbaharu keluaran syarikatnya, iaitu 'Shampoo By Mawar'.
Mawar, isteri kepada pelakon Fizo Omar telah memperkenalkan produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu ‘Shampoo By Mawar’.

Menurut Fizo, selaku Ketua Pemasaran dan Jualan mereka meletakkan sasaran 50,000 syampu akan terjual.

“Produk ini dihasilkan untuk wanita bertudung dan rumusannya sesuai untuk kulit kepala serta rambut wanita yang mengenakan hijab.

“Sebagai permulaan, kami meletakkan sasaran jualan 50,000 botol dan ia ditawarkan melalui ejen sedia ada,” katanya memetik laporan Harian Metro.


Mawar sebelum ini dikenali sebagai pengusaha tudung jenama popular, Fareeda yang dicetuskan oleh ibunya.

‘Shampoo By Mawar’ dijual pada harga RM35 bagi 250 ml. -Kedahnews.com