SubhanAllah..! Sesungguhnya orang yang beriman akan sentiasa dijaga Allah SWT meskipun di dalam kubur.
Sejak semalam, beberapa keping gambar memperlihatkan sekujur mayat yang dijumpai sekumpulan penggali kubur di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Tukang Jusoh, Kuala Muda, Kedah tersebar menjadi viral di laman sosial.
Difahamkan, mayat yang tidak dapat dipastikan gerangan empunya namanya itu telah dikebumikan pada tahun 2009.
Bagaimanapun apa yang mengejutkan, mayat tersebut ditemui dalam keadaan masih sempurna dan kain kafannya masih elok meskipun sudah enam tahun dikebumikan.
Walhal, jika difikirkan dengan logik akal, kebiasaannya mayat dan kain kapan akan reput walaupun tidak sampai setahun berada di dalam tanah.
Mati itu pasti dan penemuan ini mungkin mempunyai hikmah bagi kita yang masih hidup serta tidak pasti bagaimana tentang pengakhiran kita nanti.
Bagaimanapun, segalanya tidak mustahil kerana kejadian seumpama ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT buat hambaNya yang bertuah, wallAllahu a'lam. -Kedahnews.com