Selena Gomez |
JIKA selama ini ramai yang menganggap Selena Gomez seorang yang kuat dan ceria, namun ramai tidak tahu bahawa dia kini sedang berdepan dengan penyakit Lupus.
Menurut laporan Huffington Post, penyanyi berusia 23 tahun itu mendedahkan perkara itu menerusi temubual dengan majalah Billboard.
"Doktor berkata saya menghidap penyakit lupas dan setakat ini saya telah menjalani kimoterapi.
"Sebab itu saya ada berehat daripada terlibat dengan kerja-kerja seni buat sementara sebelum ini. Ini kerana, jika saya terus bekerja tanpa henti, saya mungkina akan diserang penyakit stroke pula," katanya.
Pendedahan itu mendapat respons yang luar biasa daripada peminat di seluruh dunia dan mereka risau dengan keadaan Selena.
Lupus adalah sejenis penyakit berkaitan dengan imunisasi tubuh manusia. Bukan sahaja pada fizikal, tetapi ia juga membawa pengaruh besar terhadap mental dan emosi.
Sumber: mStar