Dua Lelaki Cina Mengaku Salah Halang Tugas, Hina Penguatkuasa MBPP


GEORGE TOWN - Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghalang tugas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pada Rabu lalu.

Tertuduh, Bok Kwan Shen, 25, dan rakannya Leong Wai Loon, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Izura Syed Mashor.

Kedua-dua lelaki itu dituduh menghalang tugas penguat kuasa selepas tayar kenderaan mereka dikunci di Lebuh Campbell pada jam 11.30 pagi, 7 Okt lalu.

Bagi kesalahan tersebut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda sehingga RM10,000.

Sharifah Izura kemudian menetapkan kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Nov hadapan sebagai tarikh penyerahan laporan sosial.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hafiz Hashim.

Posted by Kedahnews.com on Wednesday, October 7, 2015


Sumber: Awani