Rita Rudaini |
PENGALAMAN pernah melalui dua kegagalan dalam perkahwinannya membuatkan pelakon jelita Rita Rudaini berasa serik sehingga memutuskan untuk tidak berkahwin lagi.
Menurut aktres berusia 39 tahun ini, hatinya juga sudah tertutup untuk mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.
“Ramai yang cuba mendekati dan kenalkan saya dengan kawan-kawan mereka, namun saya cakap terus terang saya tidak mahu berkawan dengan mana-mana lelaki,” dedah Rita yang dipetik dari mStar.
Walaupun hatinya sudah tertutup untuk mana-mana lelaki namun Rita menyatakan dia tidak dapat menolak ketentuan-Nya sekiranya dipertemukan jodoh sekali lagi selepas ini.
Hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak, Rita dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.
Sebelum berkahwin dengan Aidil, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pengulas sukan televisyen, Akbar Shaari namun mereka tidak dikurniakan cahayamata.