"Hickory Horned Devil", Ulat Beluncas Gergasi Ditemui Di Alabama

‘Hickory Horned Devil’
Seekor ulat beluncas gergasi dilaporkan telah ditemui di sebuah kawasan di Alabama, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Serangga berkenaan merupakan jenis ulat beluncas yang digelar ‘Hickory Horned Devil’. Ia ditemui oleh seorang lelaki dan pasangannya di kebun belakang rumah mereka.

Ulat beluncas tersebut dikatakan boleh membesar sepanjang 6 inci atau 15 sentimeter dan ia ternyata spesis yang berbeza berbanding ulat beluncas yang biasa dilihat.

Bagaimanapun, ulat beluncas itu juga secara semula jadi akan bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik kelak melalui proses alamiah disebut sebagai metamorfosis.

Di samping itu, ia juga tidak membahayakan dan tidak menyengat walaupun mempunyai ‘tanduk’ atau ‘duri’ di belakang badannya.

Video yang dimuat naik di laman Youtube itu telah mendapat perhatian masyarakat di serata tempat. -Kedahnews.com