"Hotel Not Hotel": Hotel Unik Yang Macam "Bukan Hotel"


Nampak seperti hotel, tetapi ia bukan sesuatu yang anda biasa lihat sebelum ini.

Hotel Not Hotel adalah hotel unik yang pasti tidak akan membosankan anda dengan 15 bilik yang setiap satunya memberikan sentuhan seni tersendiri.

Tetamu yang datang boleh memilih bilik tidur yang mereka mahu. Sama ada di dalam trem, di sebalik rak buku ataupun bilik sarang burung gagak di atas tangga.

Salah satu bilik yang sarat dengan hiasan adalah ‘Crisis Free Zone’ (Zon Bebas Krisis) yang mengalu-alukan tetamunya dengan pintu gerbang kayu berukiran penuh berseni.


‘Zon’ itu mempunyai dua bilik yang memaparkan warna berbeza iaitu biru dan merah.

Selain itu, hotel ini turut mempunyai bar yang diberi nama sempena pelakon Kevin Bacon alasan digunakan adalah hidangan disediakan setulus lakonan bintang Hollywood itu.


Hotel unik ini direka Collaboration-O, pereka muda dari Eindhoven Design Academy dan artis Belanda Arno Coenen bersama IRIS.

Bilik di hotel ini boleh didapati dengan harga dari £50 (RM335). Anda juga boleh menyewa tempat ini untuk sebarang majlis.




Sumber: myMetro