Ibu Bunuh Bayi Dalam Tandas, Simpan Dalam Laci Pejabat


Seorang wanita mengaku bersalah membunuh bayinya sendiri, yang ditemui dalam beg plastik dalam laci meja kerjanya.

Kimberly Pappas, 26, mengaku bersalah di mahkamah membunuh bayi tersebut selepas melahirkannya dalam tandas di sebuah pejabat di Michigan, AS pada Mac lalu.

Kimberly Pappas mengaku memasukkan bayinya yang masih hidup ke dalam beg plastik sebelum mengikat dan menyimpannya dalam laci pejabat, Mac lalu.
Dia turut mengaku menggunakan gunting untuk memotong tali pusat sebelum memasukkan bayinya itu ke dalam beg plastik yang kemudian diikat kemas seterusnya disimpan dalam laci meja selama 30 minit.

Perbuatannya terbongkar selepas kakitangan lain menelefon polis apabila menemui darah yang banyak dalam tandas.

Pappas memberitahu pihak berkuasa dia mengalami keguguran namun pemeriksaan autopsi mendapati bayinya mati kerana lemas.

Sabit kesalahan Pappas boleh dikenakan hukuman penjara antara 9 hingga 20 tahun. -Kedahnews.com