Gambar Hiasan |
SAKHA, Rusia – Seorang wanita di daerah Suntarsky di sini didakwa di mahkamah kerana cuba menjual bayi lelakinya berusia lima bulan melalui aplikasi WhatsApp, kata Jawatankuasa Siasatan dalam satu kenyataan.
Wanita itu ditahan oleh pegawai polis yang menyamar sebagai pembeli ketika proses jual beli bayi berkenaan dengan harga AS$22,930 (RM95,984).
Suspek pada 2 Julai lalu membatalkan perjanjian dengan bakal keluarga angkat anaknya apabila mereka enggan membelikannya sebuah apartmen di Yakutsk untuknya.
Wanita tempatan itu juga meminta pasangan berkenaan membantu membayarkan pinjaman bank AS$2,990 (RM12,516) sebagai syarat pertukaran bayi itu.
Hak penjagaan wanita itu terhadap anaknya juga digantung sementara menunggu keputusan perbicaraan berkenaan. – Agensi