Indonesia Sewa 2 Jet Rusia Bantu Padam Kebakaran Hutan


Palembang - Dua jet pesawat jet pelbagai guna Russia tiba di Sumatera untuk membantu usaha memadam kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu menyelubungi separuh Asia Tenggara.

Jurucakap agensi Bencana kebangsaan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, berkata dua pesawat amfibia Beriev Be-200 yang disewa kerajaan Indonesia mendarat di Palembang, Sematera Selatan, semalam.


Pesawat milik Kementerian Bencana Russia itu boleh menggugurkan 12.5 tan air dan terbang sejauh 645 kilometer sejam. Ia mampu menyedut 13,250 liter air dari tasik, sungai atau laut dalam masa beberapa saat.

Usaha memadam kebakaran hutan di Indonesia kini dibantu beberapa negara, termasuk Malaysia, Australia dan Singapura. - AP