Gambar Hiasan |
Lelaki rakyat Perancis yang berusia 54 tahun itu dikatakan berjaya meraih pendapatan mewah sebanyak lebih RM23,000 setiap bulan dengan hanya bertugas melacurkan tubuh isterinya yang berusia 46 tahun.
Perniagaan seks yang berhasil mendatangkan pulangan lumayan kepada lelaki warga emas terbabit malah dijalankan di rumahnya sendiri yang terletak di pinggir bandar kecil di Meaux, utara ibu kota Paris.
Dia dilaporkan tinggal di rumah tersebut bersama-sama dengan isterinya itu dan anak mereka yang berusia 5 tahun, menurut berita yang disiarkan oleh kebanyakan media tempatan di negara itu.
Sementara isterinya seronok ‘diratah’ oleh pelanggan di dalam rumah mereka, lelaki tersebut bersama anaknya hanya akan duduk dan tunggu di dalam kereta mereka di luar kediaman berkenaan.
Gambar Hiasan |
Emmanual Dupic dari pihak pendakwaan Perancis berkata: ” Si suami telah mengenakan kuasa psikologi terhadap isterinya daripada berhenti memberikan layanan seks kepada pelanggannya.”
Walaupun bidang pelacuran sebenarnya sah di sisi undang-undang awam di Perancis, namun industri pemerdagangan manusia untuk tujuan seks komersial tidak boleh diterima sama sekali.
Lelaki tersebut berhadapan dengan perbicaraan mengenai jenayahnya dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun tetapi dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat. – Agensi