Lelaki yang dikatakan telah menampar pekerja warga asing itu |
Lelaki yang menampar seorang pekerja warga asing yang sedang viral di laman-laman sosial mengaku bertanggungjawab atas tindakannya itu dan menjelaskan apa sebenarnya yang membuatkan dia tidak berpuas hati pada pekerja bangla tersebut.
Menerusi "printscreen" yang tersebar, lelaki itu mendakwa warga bangla itu bersikap kurang ajar apabila tidak mengendahkan teguran yang dibuat dengan baik, sebaliknya membalas teguran itu dengan mengelap bahagian bumbung di sebelah pemandu dengan menggunakan kain yang kotor.
"Bangla tu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok2 tapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan kain kotor dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.
"Bila saya tegur lagi dia menjawab. Kalau u kat tempat saya sikit sebanyak pun akan rasa tercabar juga.
Posted by Kedahnews.com on Sunday, October 18, 2015
"Saya call boss dia masa tu tak jawab dan lepas tu dia fitnah kata saya marah sebab bangla tu kotor duduk dalam kereta..." jelas lelaki berkenaan yang diperoleh dari seorang pengguna Facebook, Carolynn Liaw.
Bagaimanapun, lelaki itu yang mungkin tersedar dari ketelanjurannya menggunakan kekerasan turut menyatakan bahawa dia sedia menerima hukuman atas perlakuannya yang dikatakan melampau itu.
Jelasnya lagi, akibat perbuatannya itu tersebar di laman sosial, dia dan keluarganya rasa malu ekoran dikecam oleh orang ramai.
Cuma pada pandangan kami, biar apa pun kesalahan bangla itu, lelaki berkenaan tidak wajar menggunakan kekerasan fizikal termasuk bertindak mengikut baran hati memaki hamun dan sebagainya.
Sewajarnya, eloklah masalah berkenaan dilaporkan secara berhemah, sesuai dengan akhlak yang dianjurkan agama untuk kita bersabar dan tidak bertindak mengikut nafsu amarah syaitan.
Pun begitu, juga tidak wajarlah untuk mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja dan tidak pula patut untuk menceritakan sesuatu yang tidak benar tentang seseorang walaupun oleh pihak yang dizalimi. Wallahu'alam. -Kedahnews.com