JAKIM Tarik Balik Sijil Halal Roti Sweetie?


PENGGUNA beragama Islam sememangnya begitu sensitif berhubung isu halal kerana tidak mahu ditipu perihal status makanan yang berada di pasaran.

Namun, baru-baru ini heboh di laman sosial apabila seorang netizen mendakwa roti jenama Sweetie tidak halal berikutan tiada sebarang sijil halal dipaparkan pada packaging roti tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, atas pemeriksaan orang ramai menerusi laman direktrori Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mendedahkan bahawa status halal roti jenama terkenal itu telah ditarik balik.

Menurut sumber yang kami terima, sijil pengesahan halal bagi roti jenama Sweetie keluaran syarikat Today Bakeries Products (Klang) Sdn. Bhd. itu telah ditarik balik sejak dua bulan lalu.


Difahamkan, penarikan semula sijil halal tersebut hanya melibatkan produk yang dihasilkan di kilang roti tersebut di Klang.

Bagaimanapun, tidak diketahui mengapa sijil tersebut ditarik balik.

Sementara itu, dalam satu laporan akhbar, pihak JAKIM dikatakan memberi tempoh masa selama tiga bulan bagi syarikat tersebut untuk membuat permohonan semula sijil halalnya.