KUALA LUMPUR – Banting masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 103 dan Bandaraya Melaka menjadi kawasan terbaharu dalam kategori itu dengan catatan 102 setakat pukul 4 petang tadi.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebanyak 39 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana antaranya Putrajaya (98), Nilai dan Cheras (89), Bukit Rambai (87), Port Dickson (85) dan Pelabuhan Kelang (82).
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA