#Jerebu: Mahdzir Umum Sekolah Di Beberapa Negeri, Kawasan Di Tutup Esok

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid
Semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diumumkan tutup esok akibat masalah jerebu yang masih membarah di kawasan berkenaan di Semenanjung Malaysia.

Manakala di Sarawak pula, semua sekolah di sekitar Tawau, Kuching dan Samarahan turut diarahkan supaya ditutup atas masalah yang sama.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebooknya sebentar tadi menjelaskan bahawa sekolah-sekolah di kawasan berkenaan terpaksa ditutup ekoran peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ke paras tidak sihat di sana.

"Sekolah tutup di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan pada Isnin 19hb Oktober 2015 berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan," tulis beliau.

Sementara itu, Mahzir turut menjelaskan bahawa peperiksaan yang melibatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional tetap diteruskan, namun tertakluk di bawah "Ops Topeng".

Mahdzir sebelum ini melancarkan Ops Topen sebagai langkah persediaan pencegahan awal dengan membekalkan penutup hidung dan mulut kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di sekolah masing-masing. -Kedahnews.com