#Jerebu: Semua Sekolah Di Langkawi Diarah Tutup Esok

Gambar Hiasan
LANGKAWI – Sekolah di Langkawi akan ditutup esok selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih kekal pada tahap kurang sihat.

Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Marzuki Daud yang mengeluarkan arahan itu hari ini berkata keadaan jerebu yang melanda daerah ini sejak Ahad lepas masih belum menunjukkan perubahan positif.

Arahan ini melibatkan pelajar di 21 buah sekolah rendah, tujuh buah sekolah menengah, Maktab Rendah Sains MARA Langkawi, Maktab Mahmud Cawangan Langkawi dan sebuah sekolah swasta.

Sebelum ini sekolah-sekolah ini ditutup selama dua hari sejak Ahad lepas berikutan arahan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sehingga pukul 4 petang tadi, IPU di Langkawi mencatat bacaan 161. – BERNAMA