John Legend, Isteri Teruja Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

PENYANYI terkenal, John Legend dan isterinya, Chrissy Teigen bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.
PENYANYI terkenal, John Legend dan isterinya, Chrissy Teigen bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Berita gembira itu disampaikan oleh Chrissy sendiri melalui akaun laman Instagram miliknya hari ini.

“Saya dan John sangat gembira untuk memberitahu bahawa saya mengandung,” tulis model itu.

“Seperti sedia maklum, kami berusaha untuk memiliki anak selama ini. Ia bukan mudah namun kami terus berusaha kerana kami tidak sabar untuk membina keluarga bahagia.

“Kami sangat teruja. Terima kasih untuk semua ucapan yang diberikan. Saya tak sabar untuk pegang perut nanti,” tambahnya.

Isteri kepada pelantun lagu All Of Me itu turut memuat naik gambarnya bersama suami tercinta di laman itu.

Pengumuman yang dibuat itu ternyata mendapat perhatian media tempatan beberapa jam kemudian.

Berita tersebut turut dikongsi oleh John sendiri di laman makro Twitter miliknya.  – Agensi