Julia Ziegler Kongsi Gambar Berbikini, Tak Kisah Dikritik Peminat

Julia Ziegler.
Kontroversi melibatkan selebriti berpenampilan seksi dan berani berbikini bukanlah perkara baru dalam industri seni.

Peliknya, meskipun dikecam dan dikritik senarai tersebut masih terus bertambah dan terbaharu, melibatkan pelakon berwajah Pan-Asia, Julia Ziegler.

Menerusi laman Instagramnya, Julia atau  nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler ada memuat naik beberapa keping gambar dirinya yang hanya mengenakan bikini ketika sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu baru- baru ini.

Hal itu, sedikit sebanyak mengundang kritikan segelintir pengguna laman sosial yang sememangnya gemar mencari kesalahan artis.

julia
julia3
Memetik mStar, Julia berkata, dia tidak kisah dengan persepsi dan kritikan orang ramai atas tindakannya berkongsi gambar dirinya berbikini itu.

“Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.

“Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Sementara itu, Julia turut menyifatkan berbikini bukan sesuatu yang pelik ketika berada di pulau kerana ramai wanita lain turut mengenakan pakaian ‘two pieces’ itu namun tidak mendapat perhatian kerana bukan artis. – Kedahnews.com