Ridzuan Hashim |
Sejak semalam lagi, nama pelakon senior Ridzuan Hashim menjadi topik perbualan hangat peminat hiburan selepas gambarnya ketika berada di sebuah kelab malam bersama pelakon kontroversi Fara Mendoza dan Carmen (teman wanita Han Wong) tersebar menjadi viral di media sosial.
Lebih panas, gambar yang dimuat naik oleh Carmen di Instagram itu disertakan dengan kapsyen ucapan terima kasih kepada pelakon itu dan rakannya kerana meraikan hari lahirnya di kelab berkenaan.
Hal itu sekali gus mengundang persoalan dan kritikan ekoran ramai yang menyifatkan pelakon itu tidak sepatutnya pergi berfoya-foya di kelab malam memandangkan umurnya yang sudah berusia.
Gambar kontroversi yang telah dipadam Carmen (teman wanita Han Wong) dalam Instagramnya. |
Ridzuan atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Hashim, 51, berkata, kunjungannya ke kelab malam baru-baru ini bukan keranaberfoya-foya sebaliknya atas tujuan bertemu dengan seorang produser antarabangsa.
Pada masa sama, Ridzuan menjelaskan bahawa dia tidak kenal Carmen dan Fara serta hanya bergambar atas permintaan mereka sebagai peminatnya.
“Saya ke kelab kerana mahu berjumpa dengan penerbit antarabangsa di sana. Ketika berada dalam kelab terbabit, dua wanita itu memanggil saya kerana mahu bergambar.
“Mereka bergambar sebagai peminat. Saya pun tak kenal siapa mereka. Tetapi lain pula jadinya apabila foto itu menjadi viral di Internet,” katanya yang dipetik dari mStar.
Dalam perkembangan lain, Ridzuan mendedahkan dia baru saja disunting penerbit antarabangsa bagi projek filem Hong Kong sebagai watak gangster. -Kedahnews.com