Kapal ALMI SPIRIT Diceroboh 6 Perompak Di Selat Singapura

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar
JOHOR BAHARU – Sebuah kapal, MT ALMI SPIRIT dinaiki enam perompak di Selat Singapura, hari ini.

Kejadian itu disahkan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menerusi catatan akaun Twitter beliau.

“ALMI SPIRIT dinaiki 6 perompak di Selat Singapura 7 pagi tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor,” katanya menerusi laman Twitter terbabit.

Menurut APMM Wilayah Selatan, sidang akhbar berkenaan kejadian itu akan diadakan pada 1.30 petang ini di Pejabat APMM Wilayah Selatan, di sini, oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Johor Baharu, Kapten Maritim Aminuddin Abd Rashid. – BERNAMA