Kecoh Bila Salman Khan Bertunang Dengan Aktres Seksi Romania

Aktor sensasi Bollywood, Salman Khan tiba-tiba menjadi perbualan hangat di India apabila dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan aktres dan hos terkenal Romania, Lulia Vantur secara diam-diam, baru -baru ini.

Menurut sumber antarabangsa pemerhati industri hiburan Bollywood, pasangan tersebut juga  dikatakan telah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Sementara itu, pihak pengurusan Lulia di Bucharest, Romania turut mengesahkan bahawa berita majlis pertunangan tersebut adalah benar.

Menerusi satu perkongsian gambar, aktres jelita itu juga kelihatan memakai sebentuk cincin dipercayai tanda pertunangannya dengan Salman Khan.

Lulia Vantur
Sebelum ini, Salman Khan pernah membuat pengakuan dia sedang menjalin hubungan cinta dengan Lulia sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan adik perempuannya, Arpita Khan.

Salman Khan juga pernah mengeluarkan kenyataan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat memandangkan usianya kini sudah menjangkau 49 tahun.

Pasangan selebriti ini dikatakan bertemu pertama kali ketika menjalani penggambaran filem berjudul ‘Bodyguard’ pada tahun 2010 di Dublin, Ireland. -Kedahnews.com