Kecoh Dibuatnya Bila Siti Nurhaliza Komen Sikit Di Instragram Ronaldo

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin

Tersengih-sengih kami jadinya melihat reaksi dan gelagat peminat hiburan tempatan semalam.

Mana tidaknya, kecoh satu Malaysia dibuatnya gara-gara tindakan penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meninggalkan satu komen kepada bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo di laman Instagram milik jejaka kacak itu.

Paling tak disangka, ucapan yang ditinggalkan Siti itu tiba-tiba sahaja menjadi viral sehinggakan Instagram Ronaldo kini menjadi ‘buruan’ dan dipenuhi dengan komen-komen bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh rakyat Malaysia.

“Mana Datuk Siti punya komen, dah kebas scroll ig,” tulis Nabil_Style.

“I’am here all because of Dato @ctdk hehehe,” tulis Aliff

“Many comment from Malaysia because dato ct,” tulis resz_.


Menerusi gambar itu, pemain Real Madrid ini memuat naik gambarnya dalam sebuah kereta disertakan dengan gambaran mahu menaiki pesawat  ke suatu destinasi.

Susulan itu, Ronaldo menerima pelbagai komen dari peminatnya termasuk ucapan Siti yang berbunyi ‘safe flight dear’ atau ‘semoga selamat dalam penerbangan’.

Hal itu menyebabkan, gambar yang menarik lebih 954 ribu likes ini turut mendapat perhatian peminat Malaysia yang ingin mencari komen Siti.


Sementara itu, memetik laporan mStar Online, Siti meluahkan rasa kagum dan hormat kepada bintang dunia itu kerana tingkah laku yang ditunjukkannya terhadap masyarakat serta umat Islam.

“Sebab itu kita support (sokong) dia, dan doakan dia selamat,” ujar Siti ringkas yang mencetus fenomena di kalangan peminat hiburan tempatan. -Kedahnews.com