Dua kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dilaporkan sudah semakin beransur pulih selepas dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.
Memetik Metro Ahad, ibu Norieen, Midah Angah, 40, berkata anaknya itu semakin ceria, makan dengan berselera serta boleh menulis dan melukis.
“Dia sudah makan dengan makan dengan banyak dan minta untuk makan macam-macam, namun saya hanya bagi dia makan bubur nasi saja,” katanya.
Dua kanak-kanak itu mengalami kesusutan berat badan sebanyak 10 kilogram sejak dilaporkan hilang pada 23 Ogos lalu. - Kedahnews.com