Konsep Riadah Dalam Islam Perlu Mengikut Sunnah - Abang Zohari

Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg
KUCHING - Kegiatan riadah untuk amal-amal kebajikan haruslah perpegang pada sunnah.

Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menyatakan dalam kontek hijrah ini, pelbagai perkara perlu dilakukan seperti amal-amal kebajikan melalui sukan amat dituntut oleh sunnah.

"Seperti mana acara sukan golf hari ini, ia lebih kepada menyumbangan kepada aktiviti kebajikan masyarakat dan pengurusan masjid seluruh Sarawak. Ia adalah amalan yang mulia serta hatus diteruskan sepanjang masa," kata Abang Zohari, semalam.

Pada Majlis tersebut, Abang Zohari juga menyumbang secara peribadi kepada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengurus Besar LAKMNS Tuan Haji Mohamad Sabry Othman, Menteri Kerjaraya Malaysia Datuk Seri Fadilah Yusof, ADUN Semop Abdullah Haji Saidol, Konsulat Burnei dan Indonesia serta LAKMNS seluruh Sarawak. -Kedahnews.com