Gambar Hiasan |
KUALA KRAI – Jajahan Kuala Krai telah menyediakan 105 pusat pemindahan sebagai persiapan menghadapi banjir tahun ini.
Ketua Jajahannya, Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata 50 pusat menyimpan barangan keperluan turut disediakan itu 10 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil, DUN Mengkebang (19), DUN Dabong (14) dan DUN Manek Urai (7).
Beliau berkata turut disediakan ialah empat lokasi pendaratan helikopter di Guchil, Manek Urai, Dabong dan Laloh. – BERNAMA