Lana Nordin Sah Berbadan Dua, Mahu Bersalin Di Malaysia


SETELAH lima bulan mendirikan rumahtangga dengan lelaki warga Amerika, Lana Nodin akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil anak pertama.

Bercakap kepada Harian Metro, Lana atau nama sebenarnya Maz­lina Hassan Nodin memberitahu kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua.

“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi.

“Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” katanya.


Selain itu, Lana akui dia turut mengalami beberapa alahan termasuk tidak boleh melihat spaghetti berwarna hijau.

Pada masa yang sama, Lana yang mengikuti suaminya, Daud McKinzie yang juga atlet bola tampar pantai kebangsaan AS ke negara itu turut meluahkan harapannya yang mahu bersalin di Kuala Lumpur. -Kedahnews.com