Datuk Lee Chong Wei |
Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan akhir Kejohanan Siri Super Terbuka pertamanya selepas 16 bulan apabila menewaskan pemain China, Wang Zhengming pada perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis pada Sabtu.
Chong Wei menumpaskan lawannya yang juga pemain ke sembilan dunia , 21-7, 21-13 pada saingan yang mengambil masa 35 minit itu.
Pemain Malaysia dan berada di kedudukan nombor 19 dunia ini menewaskan pemain Jepun, Sho Sasaki, 21-9, 21-12 pada perlawanan suku akhir pada Jumaat.
Penerima pingat perak Olimpik ini bakal merebut gelaran juara ke 39 Kejohanan Siri Super Terbuka dan akan menentang juara bertahan dari Taiwan, Chou Tien-chen pada Ahad.
Tien-chen, pemain nombor lima dunia, menyingkirkan pemain nombor dua dunia, Jan O Jorgensen dengan straight set 21-11, 21-19 dalam empat perlawanan menentang pemain dari Denmark.
Sebelum ini, Chong Wei tidak pernah menentang pemain berusia 25 tahun itu, tetapi turut berwaspada dengan Tien-chen.
Pemain dari Taiwan ini layak ke pusingan separuh akhir pada tiga kejohanan iaitu Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka Denmark.
Chong Wei sebelum ini beraksi pada pusingan akhir Kejohanan Siri Super Terbuka Jepun pada Jun.
Sumber: mStar