Lelaki Dungu Dedah Lokasi Di Facebook Lepas Lari Dari Polis


Kentucky, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang melarikan diri untuk mengelak dituduh di mahkamah di Kentucky ditemui selepas mendedahkan lokasinya sendiri di Facebook.

Justin Taulbee, yang berjaya meloloskan diri dari Mahkamah Daerah Braethitt minggu lalu ketika menunggu pendakwaan terhadapnya sepatutnya bersembunyi dan mendiamkan diri.

Sebaliknya, dia memuat naik video ke Facebook, malah turut menyertakan lokasinya di Red River Gorge. Dalam video itu dia mendakwa dibebaskan tanpa dikenakan ikat jamin.

“Seperti diketahui semua, pada 9 Oktober lalu saya dibebaskan dari mahkamah tanpa dikenakan jaminan,” katanya.

Dia kemudian mula bercakap merepek, malah mengutuk mahkamah secara terbuka.

Malangnya, klip video itu dilihat polis dan mereka datang mengambilnya di rumah beberapa hari kemudian untuk menahannya semula.

Anggota polis Kentucky Joe Veenemen berkata: “Sungguh lawak kerana dia bertanya jika ada orang yang mendedahkan lokasinya.

“Anggota yang menahannya memaklumkan lokasinya diketahui kerana dia yang mendedahkannya dalam video yang dimuat naik ke Facebook. Lebih kelakar apabila dia tidak mempercayainya.”

Taulbee menghadapi tuduhan melanggar syarat tempoh percubaan, merompak dan melawan ketika ditangkap.

Dia kini mempunyai tuduhan tambahan, melarikan diri dari tahanan. -Agensi