Lelaki Yahudi Israel Cuba Serang Lori Terima Padah Digilis Sampai Mati!


Tindakan seorang lelaki yahudi warga Israel menyerang sebuah lori yang dipandu rakyat Palestin membawa padah apabila dia digilis dengan tayar lori itu hingga mati.

Kejadian itu berlaku apabila lelaki Israel yang tidak dikenali itu tiba-tiba keluar dari keretanya dengan memegang sebatang kayu kononnya untuk menyerang lori berkenaan di Tebing Barat, semalam.

Bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman bangsa Yahudi Israel yang sememangnya kejam itu, pemandu lori tersebut bertindak memandu lorinya dan menggilis lelaki gempal berkenaan.

Jelas sumber tempatan, sebaik sahaja menggilis lelaki Yahudi itu, pemandu lori berkenaan bertindak melarikan diri ke kem pelarian di Hebron untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera.

Kemarahan penduduk Palestin semakin meningkat apabila tentera Yahudi menjalankan operasi meroboh dan merampas kediaman penduduk Islam.

Pada hari sama tentera Israel bertindak menembak mati dengan kejam seorang penduduk Palestin dengan menuduhnya telah menikam seorang lelaki Yahudi sehingga mati pada tahun lalu.

Tentera Yahudi itu turut memusnahkan rumah milik mangsa sehingga menyebabkan penduduk Palestin bangkit menentang kekejaman itu. -Kedahnews.com