Jennifer Connell. Source: Facebook |
Seorang wanita dari Manhattan, New York, Jennifer Connell mengambil keputusan untuk menyaman anak saudara lelakinya yang berusia 12 tahun.
Tindakan itu diambil selepas anak saudaranya, Sean Tarala secara tidak sengaja telah menyebabkan pergelangan tangan Jennifer patah ketika melompat ke arahnya untuk berpeluk.
Jennifer, 54, seorang pegawai sumber manusia, mengatakan tindakan Sean itu adalah tidak masuk akal apabila kanak-kanak itu secara tiba-tiba melayang ke udara.
Ini menyebabkan dia terpaksa menangkap Sean yang kemudiannya menyebabkan kedua-dua mereka jatuh ke lantai.
Dalam tuntutan saman unik tersebut, Jennifer menceritakan kepayahannya untuk menjalani kehidupan seharian sejak tangannya itu patah.
Sepanjang prosiding mahkamah, Sean ditemani bapanya, Michael Tarala manakala ibunya, Lisa meninggal dunia tahun lepas.
Bagaimanapun yang terkini, saman Jennifer terhadap anak saudaranya itu telah ditolak mahkamah. -Kedahnews.com
Bagaimanapun yang terkini, saman Jennifer terhadap anak saudaranya itu telah ditolak mahkamah. -Kedahnews.com