Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman Facebook hari ini, menafikan pesanan Whatsapp yang tersebar bahawa beliau dan tiga pimpinan UMNO akan membuat laporan polis serentak terhadap 1MDB, esok.
Dalam butir pesanan Whatsapp yang tersebar, Muhyiddin dikatakan akan membuat laporan polis pada Jumaat 16 Oktober, jam 10 pagi di IPD Dang Wangi.
Dilaporkan turut berbuat demikian pada masa sama adalah Tun Dr Mahathir Mohamad di IPD Putrajaya dan Datuk Seri Shafie Afdal di IPD Brickfield.
Turut disebarkan, kesemua penyokong kononnya diminta ke Masjid Tuanku Zainal Abidin di Putrajaya untuk solat Jumaat sebelum ketiga-tiga pemimpin tersebut dilaporkan akan ke Ibu Pejabat SPRM berhampiran untuk membuat satu lagi laporan.
Bagaimanapun, setakat petang tadi tiada pencerahan diberikan Tun Mahathir dan Shafie berkaitan hal ini. -Kedahnews,com