Nak Menang Marathon Punya Pasal Sampai Sanggup Menipu


Seorang pelari marathon didakwa menggunakan helah bersembunyi di belakang penonton dan kemudiannya kembali ke padang untuk meraih tempat kedua dengan memenangi wang tunai £4,166 di Kenya.

Penipuan yang dilakukan olen Julius Njogu disedari oleh penganjur selepas mereka mendapati dia langsung tidak berpeluh.

Mereka kemudiannya mendapat tahu bahawa dia hanya menyertai tiga atlet Kenya dengan berlari masuk dalam kilometer terakhir menuju ke Stadium Kebangsaan Nyayo.

Susulan itu pelari berusia 28 tahun tersebut telah ditahan kerana menipu.

Rakaman video yang disiarkan memperlihatkan dia turut membuka kasut bagi menunjukkan kepada penganjur bahawa dia kepenatan dan kakinya sakit kerana berlari pada jarak jauh.

Dia berjaya memintas Shadrack Kiptoo untuk meraih tempat kedua. Pertandingan berkenaan dimenangi oleh Joshua Kipkorir yang berlari selama dua jam dan 13 minit. -Kedahnews.com