Neelofa Hilang Keinginan Untuk Bercinta, Berkahwin Buat Masa Ini

Neelofa
Sejak dilaporkan putus cinta dengan Hans Isaac dua tahun lalu, nama Neelofa tidak pernah lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki sehingga kini.

Dirinya kini dilihat lebih fokus kepada bidang pengacaraan dan perniagaan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu oleh selebriti yang lebih manis bertudung itu.

Mengakui masih solo, Neelofa mengatakan dia buat masa ini masih belum mempunyai keinginan untuk bercinta seperti mana individu lain di luar sana.

"Hati saya belum dimiliki dan saya juga belum menemui sesiapa. 

"Keinginan untuk bercinta itu belum tumbuh, apatah lagi merancang lebih jauh iaitu berumah tangga. 

"Saya tidak menyesali takdir yang tertulis, cuma ketika ini, saya tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan sesiapa.

"Keinginan untuk berkahwin juga sudah berarak jauh dari sudut hati. 

"Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan, ketika ini perasaan saya ke arah itu kosong. 

"Itu kenyataannya hingga saya sentiasa berdoa supaya Allah hadirkan kembali ‘rasa’ yang sudah lama hilang," jelas Neelofa dalam satu kenyataan yang dipetik dari Berita Harian.

Neelofa berusia 26 tahun dan memutuskan dirinya untuk berhijrah penampilan dengan mengenakan tudung, menyaksikan dirinya bebas dari sebarang gosip cinta sebagaimana yang melanda selebriti lain seusia dengannya. -Kedahnews.com