PRESIDEN Amerika Syarikat, Barack Obama. - Foto AFP |
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kelmarin menghubungi Ketua Doktor Amal Perubatan Tanpa Sempadan (MSF) untuk meminta maaf berikutan serangan udara maut AS ke atas sebuah hospital di bandar Kunduz, Afghanistan.
Jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest memberitahu media, Obama menelefon Ketua MSF, Joanne Liu, untuk memohon maaf dan mengucapkan takziah.
MSF sebelum ini menuntut siasatan antarabangsa ke atas serangan, Sabtu lalu, yang mengorbankan 22 orang.
Tentera AS menyifatkan serangan itu sebagai satu kesilapan. – AFP