Penasihat DAP, Lim Kit Siang |
Penasihat DAP, Lim Kit Siang digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan berkuat kuasa serta merta.
Keputusan dibuat susulan usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan kira-kira jam 1 tengahari tadi.
Azalina membahaskan usul itu susulan Ahli Parlimen Gelang Patah berkenaan menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan enggan memohon maaf.
Usul diluluskan apabila 107 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 77 lagi membantah.
Isnin lalu, Kit Siang telah mendakwa Pandikar mensabotaj siasatan syarikat pelaburan strategik, 1MDB.
Jelas Kit Siang, Pandikar dengan sengaja menghentikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu. -Kedahnews.com