Pengarah Mahu Buat Filem Cerita Tentang Jerebu Di Indonesia

Joko Anwar
Jakarta - Pengarah filem Indonesia, Joko Anwar memberitahu, dia merancang membuat filem mengenai isu jerebu yang melanda negara itu.

Katanya, penggambaran filem itu dilakukan di Palangkaraya, Kalimantan Tengah, antara lokasi paling teruk dilanda jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan.

“Skrip filem ini sudah siap dan kami akan memulakan penggambaran pada tahun ini.

“Saya merancang uji bakat bagi penduduk tempatan untuk menjadi pelakon dalam filem ini,” katanya.

Pengarah berusia 39 tahun itu popular dengan beberapa filem termasuk Kala, Pintu Terlarang dan Modus Anomali. - Agensi